Wednesday, May 13, 2009

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol


Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

0 comments on "10 Jenis Makanan Anti Kolestrol"


ShoutMix chat widget
 

Wedding Gifts Pic

My Blog List

Phero-x & PheroLins

Produk ini bukanlah minyak pengasih yang berunsurkan kepada perkara negatif. Ia dicipta secara saintifik untuk meningkatkan keharmonian kehidupan berumahtangga dan meningkatkan keterampilan diri didalam pergaulan bersama masyarakat. Kesan keatas setiap individu adalah berbeza. Produk Phero-X di hasilkan oleh makmal Morgan Labs LCC. Manakala Produk Pherolins di formula di USA.Produk ini tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan. Gunakan produk ini untuk meningkatkan keterampilan diri anda.

-->Alpha-Lipid<--

juzbuy hanya berfungsi sebagai pemberi maklumat untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang produk berkhasiat Alpha Lipid LifeLine keluaran syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd (Anak syarikat New Image International di Auckland, New Zealand). juzbuy BUKAN Pengedar Tunggal, juzbuy merupakan Wakil Pengedar Bebas yang berdaftar di bawah N.Z. New Image Sdn. Bhd. Bagi mereka yang ingin menyertai kami, segala syarat adalah tertakhluk di bawah syarikat N.Z. New Image Sdn. Bhd. Lawati laman web syarikat di www.newimageasia.com.my

--;@Mari Mari Mariiiiiiii@;-- Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez