Sejak berabad lama, penggunaan kolostrum daripada haiwan telah diamalkan oleh orang dewasa dan kanak-kanak di dalam masyarakat di India secara tradisional. Di Sweden pula, ianya digelar 'calf-danse' - yang membawa makna sebagai pembekal nyawa anak lembu yang baru lahir !!
Ianya juga disajikan sebagai puding kepada kanak-kanak, mahupun dewasa yang uzur kerana golongan inilah selalunya mempunyai sistem imun yang paling lemah dan memerlukan faktor pertumbuhan. Sejak kebelakangan ini pelbagai penyelidikan klinikal telah mengesahkan nilainya kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.
Bayi-bayi manusia memperolehi imuniti di dalam rahim sebelum dilahirkan dengan menerima faktor-faktor imun melalui plasenta (tali pusat). Penyusuan badan berikutnya membekalkan pemelharaan tambahan dan inilah sebabnya bayi-bayi yang diberi susu badan adalah lebih sihat berbanding mereka yang diberi susu botol. Lembu-lembu pula membekalkan KESEMUA faktor-faktor imun dan pertumbuhan di dalam kolostrum kepada anak-anak lembu kerana ia tidak menerimanya ketika di dalam rahim. Jadi, tidak hairanlah bahawa kolostrum lembu mengandungi sehingga 20 kali lebih faktor imun berbanding daripada kolostrum manusia.
Oleh kerana kolostrum adalah bukan spesifik kepada spesis tertentu, ia berupaya membekalkan khasiatnya kepada spesis mamalia yang lain, termasuk manusia.
Setiap kanak-kanak seharusnya perlu mengambil kolostum setiap hari kerana:
1. Mengawal penyakit. Ibubapa harus tahu bahawa kanak-kanak yang sedang membesar seringkali terdedah kepada penyakit di sekolah, tadika dan tempat-tempat permainan. Imunoglobulin kolostrum dan faktor-faktor imun membantu memperkuatkan sistem imun dan mencegah penyakit, membolehkan anak anda membesar dengan sihat dan cergas. Ibubapa juga tahu bahawa tiada yang lebih teruk daripada anak yang tidak sihat kerana apabila mereka derita, anda juga turut menderita sama.
2. Tumbesaran yang lebih pantas. Kolostrum mengandungi faktor
0 comments on "Kolostrum untuk Bayi, Kanak-kanak, Remaja dan Anda"
Post a Comment