
Bukan kesemua kolostrum adalah sama. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kualiti produk kolostrum. Kolostrum terbaik adalah yang diperolehi daripada lembu-lembu yang dibiarkan lepas bebas di persekitaran luar dan di beri makan berpasteur.
Di persekitaran luar, lembu-lembu lebih terdedah kepada persekitaran mikrobia berbanding dengan lembu-lembu yang dilindungi daripada persekitaran luar (di beberapa bahagian Eropah) dan justeru itu menghasilkan antibodi semulajadi serta lebih banyak yang seterusnya disalurkan kepada kolostrum mereka. New Zealand barangkali dianugerahkan persekitaran semulajadi terbaik untuk penghasilan kolostrum oleh kerana cuaca nya yang sederhana, udara segar dan kawanan lembu di beri makan berpasteur di persekitaran luar sepanjang tahun. Kawanan lembu ini pula bebas daripada penyakit seperti BSE dan kuku & mulut serta bebas daripada pelbagai racun serangga, pelbagai antibiotik dan hormon.
Yang Segar adalah Yang Terbaik
Pernahkah anda melihat susu yang dibekukan ? Bahagian-bahagian susu akan terpisah kerana struktur asal susu telah dimusnahkan. Perkara yang sama mungkin boleh terjadi kepada kolostrum. Di negara New Zealand, kesemua anak-anak lembu dilahirkan pada waktu yang sama pada setiap tahun, jadi kolostrum di perolehi secara segar dan dan diproses secara terus. Di kebanyakan negara lain, anak-anak lembu dilahirkan sepanjang masa dalam setahun dan ini memaksa mereka membekukan dulu kolostrum sebelum ianya diproses. Kolostrum segar yang diproses adalah dipercayai jauh lebih berkesan dan berkualiti tinggi.
Bagaimanakah kolostrum dihasilkan ?
Sebaik sahaja lembu melahirkan anak, ia menghasilkan secara tepatnya 30 liter kolostrum didalan tempoh masa 72 jam. 5 liter yang pertama diberikan kepada anak lembu, baki 25 liter yang berlebihan pula dikumpul untuk kegunaan manusia. 5 liter yang pertama bukan sahaja penting untuk anak-anak lembu, ia juga mengandungi kandungan tinggi darah, nanah dan lain-lain yang dianggap tidak sesuai untuk kegunaan manusia.
Baki kolostrum akan dikumpulkan. Ia dikeringkan dan di 'flash-pasteur' pada suhu 72 darjah Selsius selama 15 saat mencukupi untuk membunuh mikrobia, tetapi tidak cukup lama untuk merosakkan elemen-elemen bioaktif. Kemudian produk ini dikeringkan pada haba yang rendah (untuk mengekalkan bioaktiviti) untuk menghasilkan suatu serbuk putih. Proses pengeringan pada haba yang rendah ini, diasaskan di New Zealand dan menghasilkan kehilangan bioaktiviti kurang daripada hanya 3%. Seterusnya ia dikeluarkan didalam bentuk serbuk untuk minuman, kapsul dan tablet.
Dengan kemudahan teknologi penghasilan kolostrum termaju hasil penyelidikan berterusan, maka satu syarikat kesihatan New Zealand yang dikenali sebagai 'New Image International' telah memajukan produk daripada 'batch' pertama, yang dinamakan LIFELINE.
0 comments on "Pengeluar Kolostrum Terbaik Dunia"
Post a Comment